Kenapa disyorkan ada income protection yang tinggi nilainya iaitu bernilai sekitar 10 tahun gaji atau lebih.
Ada dua kaedah yang boleh digunakan oleh ahli waris setelah kematian pemegang polisi:
1. Capital liquidation method (cara pencairan modal)
Jika nilai pampasan bernilai 10 tahun gaji. Keperluan dan perbelanjaan untuk ahli waris akan mencukupi untuk selama 10 tahun.
Contoh:
Gaji sebulan RM2000. Nilai gaji 10 tahun = RM240,000.
Berlaku kematian pada pemegang polisi. Dapat nilai pampasan sebanyak RM240,000.
Duit tersebut boleh digunakan untuk belanja selama 10 tahun dengan anggaran perbelanjaan setiap bulan RM2000.
Maka polisi mestilah mempunyai perlindungan sebanyak RM240,000.
.
2. Capital intact method (cara pengekalan modal)
Menjana suatu pendapatan pasif kepada ahli waris setelah kematian pemegang polisi dengan cara pelaburan. Contoh paling mudah adalah meletakkan duit di Tabung Haji dan hujung tahun dapat bonus sekitar 6%.
Contoh kira-kira:
Untuk jana suatu pendapatan pasif bernilai RM2000 sebulan.
Duit yang perlu dilabur di Tabung Haji (bonus tahunan 6%).
Gaji setahun RM24,000 bahagi 6% (bonus Tabung Haji) = RM400,000.
Laburkan RM400,000 dalam Tabung Haji dan nikmati hasil bonus tahunan sekitar 6% iaitu RM24,000.
RM24,000 boleh digunakan untuk perbelanjaan selama setahun akan datang.
Maka polisi mestilah mempunyai perlindungan sebanyak RM400,000.
Yang mana satu lebih baik? Tepuk dada, tanya kocek.
.
Faham ke? Jika faham boleh komen sikit.
Sumber :
No comments:
Post a Comment