Monday, 16 October 2017

BILA SUAMI 'PERGI' MENGEJUT

Semalam sambil scroll FB, tertarik dengan artikel ni. Inilah yang saya cuba sampaikan kepada masyarakat, terutamanya wanita di luar sana. Bagaimana kita hendak hadapi pemergian suami, lebih lagi suri rumah.

"Kematian orang tersayang secara mengejut bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilalui oleh seseorang wanita apatah lagi dia perlu bangkit meneruskan kehidupan demi anak-anak yang masih kecil.

Kehilangan mereka yang menjadi tunjang utama dalam hidup kita merupakan pengalaman paling buruk dalam sejarah hidup dan boleh menimbulkan pelbagai keadaan dan perasaan yang bercampur baur apabila masih banyak perkara yang harus dipikirkan serta menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga keluarga setelah ketiadaan simati.

Setiap wanita yang kehilangan suami secara mengejut pada usia muda, pasti berasa kosong dan hilang arah apatahlagi sekiranya semasa hayatnya, sang suami yang melakukan segala urusan hal rumah tangga.

Bagaimanapun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan menerusi perkongsian dari seorang wanita di Iiumc, kita dapat mengetahu cara dan kaedah bagi menguruskan harta pusaka sekiranya kita kehilangan suami secara mengejut.

Mari kita baca perkongsian yang memberi manfaat ini.

Bila Suami Meninggal Mengejut

Assalamualaikum, terima kasih kalau tulisan saya disiarkan. Sempena hari Jumaat, saya nak sedekah ilmu yang ramai perlukan bila tiba masanya.

Saya kematian suami hampir 4 tahun lalu kerana meningtis atau jangkitan kuman pada otak. Tiba-tiba suami yang sihat ceria terpaksa dikomakan akibat sawan yang tak henti-henti walaupun dia tak pernah ada history epilepsy. Setelah koma 3 minggu, Allah ambil dia. Alhamdulillah, I accept with satisfaction because that is what redha means.

Anyway, saya macam lost sekejap sebab suami yang buat semua semasa hayatnya., sampaikan nak makan apa pun dia yg handle. Alhamdulillah Allah tempatkan insan-insan yang menolong untuk selesaikan bermacam urusan. Banyak benda kena buat sebenarnya tau, especially berkenaan harta pusaka. Saya cuba explain as best as I could but this is going to be lengthy so brace yourself.

1. Pencen Socso

 Kalau si mati meninggal sebelum usia pencen i.e. 50 tahun dan dia bekerja di company yang mencarum, warisnya akan terima Pencen Penakat. Isteri akan dapat pencen ni seumur hidup walau dia kahwin lain, anak-anak akan dapat hingga tamat belajar. Kiraannya saya tak tahu, kena tanya Socso tapi berdasarkan gaji terakhir. Alhamdulillah majikan saya yang sibuk ambilkan borang dan suruh isi. Saya mrmang tak tahu langsung kewujudan pencen ni. Pastu every year kena submit borang renew pada Socso ye, kalau nak pencen bulanan tu.

2. Loan Rumah

Kalau suami ada beli rumah guna nama dia je, loan akan settle sebab MRTA cover. Tapi kami buat joint loan so hanya separuh loan settle. Saya continue bayar bahagian saya macam biasa tapi tiba-tiba lepas 2 tahun bank call cakap ada tunggakan, banyak giler lak tu, dalam RM10k. Ommo! Apakah? Rupanya kena inform bank untuk buat rescheduling bayaran. Sebabnya bank cakap masa sign agreement loan, kita kata kita akan bayar RM3000 sebulan i.e. separuh suami bayar, separuh saya bayar. So bank expect RM3k tiap bulan. Sikit tak inform, tau2 dah dekat RM10k skali dgn interest lewat byr. Mmg keji. Konon bank Islamik, pinjaman pun Islamik. Hampeh! Sebab bengang dgn pengamal2 riba’ ni, saya settlekan semua loan. Padan muka! Sori, emo lak. So, ingat, sila reschedule monthly payment kalau buat pinjaman bersama. Senang je, isi borang je kat bank.

3. Kereta

Ni lagi satu pening. Kalau masa buat loan beli kereta, pastikan ambil insurans ke atas pinjaman tu tau. It’s a different insurance from the car. Insurans kereta yang guna bila accident tu semua biasa kan. Ni insurance macam MRTA yang kita ambil bila buat loan rumah tu. Tak ingat apa namanya tapi kena tanya kat bank, KENA TANYA! Cos they don’t usually volunteer the info sebab rugi kalau owner meninggal, bank kena continue bayar.

Kalau kereta murah bank offer tanpa ditanya tapi kalau yang mahal, takdenye. Kitorang x ambil sebab masa beli kereta tu innsurnce tu baru introduced. Ejen kereta kitorg yg Cina umur 50 tahun tu pun tak tau, bila dia find out siap cakap, “Bank ni jahat, mereka tak beritahu”. Takpelah, saya continue guna kereta tu walau mahal sebab masa arwah pergi, kereta baru beli setahun. Nak trade in tak mampu sebab loan kat bank banyak lg, kena top up puluh ribu. Takpe, Allah sentiasa pastikan rezeki saya cukup.Satu lagi, kereta tu waris boleh guna sampai bila-bila kalau ada Surat Kuasa. Kalau takde surat tu, boleh renew insurance dan road tax up to 3 years je. Surat Kuasa ni saya explain kat bawah nanti. Tapi bila renew road tax kena renew every 6 months, bukan setahun macam biasa ye.

4. Insurans

 Kalau si mati ada ambil insurance of course waris dapat pampasan la. Semua tahu kan. Yang saya nak cerita kalau si mati ambil insurance utk org lain, like his kids and wife. Bila dia meninggal, insurance tu akan continue automatically sebab selalunya ia covered by insurance. Alhamdulillah kan?

5. Akaun Bank

Kalau waris tahu no pin kad atm si mati, senang. Saya dan suami tak kongsi maklumat bank, termasuk la no pin. Ye la, kan takleh bgtau orang. Lagipun, saya shopaholic sedangkan suami jimat dan suka buat investments. Bahaya la kalau saya tau no pin dia kan? So, bila dia sakit tu, susah la sikit. Mujur saya bekerja.

Tapi nak access akaun dia kat bank bergantung kepada jumlah duit dalam akaun. Kalau ada kurang daripada RM5k, bank boleh transfer ke akaun waris jika ada akaun di bank yg sama. Jika lebih drp RM5k, duit tu pergi ke Amanah Raya. Kalau melalui Amanah Raya, tak beraya la jawabnya. Haha. Sorry, lame joke.

6. Surat Kuasa

Okay yang ni agak tedious. Waris kena ambil borang di Pejabat Tanah dan senaraikan harta si mati IN DETAIL ye. Harta ni termasuk rumah, tanah, kereta, wang dlm bank, unit amanah, etc., Lepas tu submit ke Pejabat Tanah beserta dokumen berkenaan sbg bukti. Contohnya kalau rumah, kena ada geran. Kalau loan bank tak habis lagi, maknanya geran takde dgn kita selalunya. So kena gi ambil geran sementara. Saya di Selangor jadi saya ambil di Bangunan SUK di Shah Alam. Kena bayar RM50 kalau tak silap. Geran sementara tu sah sebulan je tau so lepas settle tu silalah bergegas submit dgn borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah.

Lepas tu, tunggu surat utk dipanggil bicara di Mahkamah Rendah kalau nilai harta kurang daripada RM5 juta. Saya tunggu dalam sebulan kot. Bila hadir bicara, kena bawa 2 saksi ye. Jangan lupa bawa dokumen sokongan mcm geran tanah, geran kereta, statement bank, etc. Bicara tak lama pun tapi majistret akan tanya soalan tentang si mati. Saya dan saksi (kawan saya) menangis sebab soalan yang ditanya agak brutal (si mati ada beristeri lain? ada anak dgn perempuan lain? dll.)

Pengalaman saya tuntut harta pusaka ni mudah sebab keluarga arwah suami tak nak tuntut apa-apa sebab kesiankan anak-anak saya. Masuk court pun depa tak nak hadir, sampaikan majistret pun hairan diorg tak nak tuntut sebab arwah suami tinggalkan banyak duit. Tapi kalau keluarga si mati tu nak tuntut, itu akan ambil masa, especially untuk capai persetujan semua pihak.

Majistret lepas tu akan buat estimation nilai harta dan kita kena buat bayaran berdasarkan kiraan tu dlm tempoh sebulan rasanya. Kalau dlm RM200k, kena byr dlm RM1000 lebih. Surat Kuasa sebagai pentadbir harta boleh ambil di Pejabat Tanah lps sebulan lebih. Doalah supaya Dia permudahkan urusan kita. Surat Kuasa ni penting sangat untuk waris mentadbir dan mengurus harta ye, macam nak renew road tax n insurance kereta, nak keluarkan duit di bank, unit trust, etc. Simpan elok-elok dan buat salinan banyak-banyak sebab kadang-kadang  pihak bank akan ambil bila kita buat urusan.

Rasanya ni je kot urusan yg saya boleh share. Seperkara untuk ingatan semua, bila kehilangan dgn korang tersayang, surround yourself with people who remind you about akhirat. Kata-kata dari orang-orang sebegini akan membuatkan kita rasa kematian dia adalah satu khabar gembira kerana dia sudah di barzakh, tak lagi berbuat dosa dan disibukkan dgn hal-hal dunia.

Semoga Dia juga memberi kita kesudahan yang baik."

Sumber- Iiumc

Sunday, 15 October 2017

CARA MENGGANTI GAJI BILA BERLAKU KEMATIAN DAN SAKIT

Kenapa disyorkan ada income protection yang tinggi nilainya iaitu bernilai sekitar 10 tahun gaji atau lebih.

Ada dua kaedah yang boleh digunakan oleh ahli waris setelah kematian pemegang polisi:

1. Capital liquidation method (cara pencairan modal)

Jika nilai pampasan bernilai 10 tahun gaji. Keperluan dan perbelanjaan untuk ahli waris akan mencukupi untuk selama 10 tahun.

Contoh:

 Gaji sebulan RM2000. Nilai gaji 10 tahun = RM240,000.

Berlaku kematian pada pemegang polisi. Dapat nilai pampasan sebanyak RM240,000.

Duit tersebut boleh digunakan untuk belanja selama 10 tahun dengan anggaran perbelanjaan setiap bulan RM2000.

Maka polisi mestilah mempunyai perlindungan sebanyak RM240,000.

.

2. Capital intact method (cara pengekalan modal)

Menjana suatu pendapatan pasif kepada ahli waris setelah kematian pemegang polisi dengan cara pelaburan. Contoh paling mudah adalah meletakkan duit di Tabung Haji dan hujung tahun dapat bonus sekitar 6%.

Contoh kira-kira:

Untuk jana suatu pendapatan pasif bernilai RM2000 sebulan.

Duit yang perlu dilabur di Tabung Haji (bonus tahunan 6%).

Gaji setahun RM24,000 bahagi 6% (bonus Tabung Haji) = RM400,000.

Laburkan RM400,000 dalam Tabung Haji dan nikmati hasil bonus tahunan sekitar 6% iaitu RM24,000.

RM24,000 boleh digunakan untuk perbelanjaan selama setahun akan datang.

Maka polisi mestilah mempunyai perlindungan sebanyak RM400,000.

Yang mana satu lebih baik? Tepuk dada, tanya kocek.

.

Faham ke? Jika faham boleh komen sikit.

Sumber :

Friday, 25 August 2017

MEWUJUDKAN HARTA PUSAKA DENGAN TAKAFUL




Mewujudkan harta pusaka kini bukanlah susah!
Anda hanya perlu disiplin mencarum RM50-200 sebulan untuk mewujudkan RM80,000 serta merta.
Anda ada RM50 kini pon tak kaya. Anda hilang RM50 kini pon tak jatuh miskin.
Kenapa perlu berkira-kira untuk diri sendiri dan yang tersayang?
Lina Hamdan
013 991 2486

#zurichtakaful #takaful #hartapusaka #hibahtakaful #incomeprotection #medicalcard #personalaccidentplan #term80 #investmentlink #medica2015 #patina2016

Tuesday, 22 August 2017

HIBAH KEPADA ANAK






Seorang kawan yang baik pasti ingin berikan yg terbaik pada kawannya.
Pagi ni client wassap, nak suggest dekat kawan dia plan Takaful but with very minimum budget. Single mother. Mother of one son. Age 24. Husband meninggal accident.

Memandangkan hanya dia seorang pencari nafkah dan dia nak prepare something untuk anak dia tanpa sesiapa boleh ambil hak anak dia. Pengajaran lepas keluarga arwah suami berebut harta arwah dan masih tak selesai.
Jadi lina hanya mampu tolong berikan the best advise and plan for her. Harap sedikit sebanyak melegakan hati dia bila berfikir tentang nasib dia dan anak. Semoga dipermudahkan urusan hidup dia dan dipanjangkan umur.
Amin.


Lina Hamdan
013 991 2486
Zurich Takaful Berhad

#zurichtakaful #takaful #incomeprotection #medicalcard #personalaccidentplan #term80 #investmentlink #medica2015 #patina2016 #hibahtakaful

Wednesday, 3 May 2017

PELUANG KERJAYA EJEN TAKAFUL


DRINK COFFEE, MAKE MONEY.
Lina, kau asyik ajak orang 'drink coffee' je, coffee free untuk aku ada tak?

Ada apa pulak takde, hah ni dia! Zurich Takaful nak belanja. Sambil minum, sambil dengar peluang kerjaya bersama Zurich Takaful.
Barulah betul 'DRINK COFFEE, MAKE MONEY!' Anda yang nak cari side income, extra income, nak tukar income, sesuai sangatlah datang dan jumpa Isnin depan di Scrummy Restaurant,Jalan Ipoh.
Nak datang Call/Whatsapp/Mesej je

🙋 Lina Hamdan
📞 013 991 2486

#Zurichtakaful #takaful #vacancy #kerjakosong #ejentakaful #letstalk #0139912486

Tuesday, 25 April 2017

HIBAH TAKAFUL DARI SUAMI KEPADA ISTERI

Suami yang sedang bekerja di luar sana, jangan lupa sediakan pelan pengganti pendapatan anda untuk dihadiahkan kepada isteri dan anak-anak anda.

Anda bekerja mencari rezeki adalah untuk mereka, jadi sediakanlah sebaik-baik perlindungan buat mereka.

Jika ketiadaan anda nanti, mereka masih boleh meneruskan hidup seperti biasa, seolah-olah anda masih hidup dan mencari rezeki buat mereka.

RM100 sebulan anda sudah mampu mencipta RM200,000 hibah buat keluarga anda.

Lina Hamdan
013 991 2486
Zurich Takaful Malaysia Berhad

#zurichtakaful #takaful #perlindunganpendapatan #kadperubatan #pelankemalangan #term80 #investmentlink #takafulhajj #medica2015 #patina2016 #ejentakaful #vacancy #0139912486

Wednesday, 15 March 2017

SUAMI DAH SEDIAKAN TAKAFUL?



Bermula dengan RM100 sebulan, automatik dah siapkan akaun khas untuk isteri tersayang dan anak-anak.
RM150,000 ni tinggalkan untuk isteri dan anak-anak.
Isteri tolong bayarkan hutang piutang.
Isteri uruskan belanja harian. Nak bayar duit sewa rumah. Sambung bayar kereta. Belanja anak2. Beli pampers. Beli barang dapur.
Kita semua perasan benda ni penting. Tapi saja pejam mata abaikan. Yang tak mampu nak sangat ambik, yang mampu langsung tk rasa kepentingan takaful ni.
Dan jangan risau, para isteri pon boleh ambilkan untuk suami.
Roger je Lina Hamdan
013 991 248
Zurich Takaful Malaysia Berhad

#zurichtakaful #takaful #incomeprotection #perlindunganpendapatan #medicalcard #kadperubatan #personalaccident #pelankemalangan #term80 #investmentlink #medica2015 #patina2016 #ejentakafulKL #0139912486

Wednesday, 22 February 2017

TAKAFUL SENIOR GOLD - Takaful buat warga senior.



Alhamdulillah bermula esok,
Zurich Takaful akan melancarkan produk untuk warga senior
1st Takaful Product In Malaysia..!!! Memperkenalkan .... TAKAFUL SENIOR GOLD

Bermula dari RM 50 sebulan,
Antara kelebihan takaful ini :
💖 Sebagai tanda kasih sayang pada ibu bapa.
💖 Sebagai harta warisan kepada anak anak (Pusaka).
💖 Sebagai hadiah kepada keluarga (Hibah Bersyarat).
💖 Sebagai cara untuk setelkan hutang ibu bapa (Dana Bagi Penyelesaian Hutang Piutang).
💖 Sebagai plan wakaf dan sedekah jariah.
💖 Boleh buat sekali badal haji.

Sebab orang yg DAH SAKIT pun boleh mohon.
Tidak kira sakit apa pun.

KELULUSAN DIJAMIN....!!!
SUDAH SAKIT PUN LAYAK....!!!
UNTUK MEREKA YANG BERUMUR 50 TAHUN HINGGA 80 TAHUN....!!! Untuk mengetahui jumlah perlindungan bermula dari RM50 boleh terus pm sy.

Lina Hamdan
013 991 2486
Zurich Takaful Malaysia Berhad

#zurichtakaful #takaful #perlindunganpendapatan #takafulseniorgold #seniorcitizen #badalhaji #medicalcard #personalaccident #term80 #takafulhajj #medica2015 #patina2016 #ejentakafulKL #0139912486

Tuesday, 14 February 2017

LINDUNGI PENDAPATAN APABILA JATUH SAKIT



Kos perubatan setiap tahun semakin meningkat.

Anda dah sediakan pelan persediaan bagi melindungi pendapatan dan simpanan anda daripada digunakan sepenuhnya bagi membiayai kos perubatan anda?

1. Sediakan pelan perlindungan pendapatan anda. Dapatkan manfaat penyakit kritikal. Once didiagnos terkena penyakit kritikal, semestinya anda tidak mampu bekerja dan gaji anda adalah '0'.
Pampasan penyakit kritikal RM200,000 akan menggantikan pendapatan anda. Belanja harian. Belanja sekolah anak. Sekurang2nya dapat menggantikan gaji anda sehingga 1-2 tahun.

Bagaimana dengan kos perubatan?

2. Dapatkan medical card. Kos perubatan dibayar dengan medical card. Begitu juga rawatan susulan seperti radioterapi, dialisis buah pinggang, kimoterapi. RM200,000 untuk menampung segala kos perubatan anda seperti diatas setiap tahun.


Anda perlukan perlindungan seperti diatas?

Lina Hamdan
013 991 2486
Zurich Takaful Malaysia Berhad

#zurichtakaful #takaful #incomeprotection #perlindunganpendapatan #medicalcard #kadperubatan #personalaccident #pelankemalangan #term80 #investmentlink #takafulhajj #medica2015 #patina2016 #ejentakafulKL #0139912486

Tuesday, 17 January 2017

Kemalangan dan Takaful



So hari ni nak share manfaat dalam produk PATINA2016 dari Zurich Takaful.
Plan kemalangan peribadi yang komprehensif untuk semua sebab sekarang semua orang terdedah kepada risiko kemalangan yang tak disangka-sangka.

√ jatuh tangga
√ kemalangan motor/kereta
√ cedera masa bersukan
√ kena hempap dengan kren; dll

Mencarum RM50 sebulan sekarang, boleh membantu meringankan beban bila diri sendiri terlantar tak mampu bekerja.
Isteri pon boleh tolong applykan untuk suami. Bukan sahaja bantu suami, tapi bantu diri sendiri jugak nanti. Ibu bapa pon boleh applykan untuk anak-anak anda.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh whatsapp je terus.

Lina Hamdan
013 991 2486
Zurich Takaful Malaysia Berhad

#zurichtakaful #takaful #incomeprotection #medicalcard #personalaccident #term80 #investmentlink #takafulhajj #medica2015 #patina2016 #ejentakafulKL #0139912486