Thursday 28 March 2019

BAYAR BIL APPENDIK RM12,000! SYUKUR ADA MEDICAL CARD ZURICH TAKAFUL! - PART 1

RM 12, 612.99 total kos pembedahan buang appendik. 

Terkejut tak? Haaa, sebab apa mahal? Sebab sekarang teknologi dah makin maju. Tak perlu lagi nak belah-belah perut, pembedahan untuk appendik ni perlu tebuk tiga lubang sahaja. So perut kekal cantik dan menawan ☺

...................................................................................................................................................................

Permulaan cerita dia, 21/02/2019 haritu rasa tak sedap perut. Rasa sakit betul-betul sebelah pusat sebelah kanan. Jenis Lina ni pulak, memang selalu sakit perut. Satu sakit 'kawan baik' dan sakit kuat kentut, ehem sakit berangin. Biasanya bila dua benda tu nak datang, mesti sakit bahagian rahim dan pinggang.

Tapi kali ni memang lain macam sakit dia, nak kata berangin takde pulak rasa nak sendawa ke. Tapi malam sebelum tidur tu memang pulun minum air panas, dengan harapan keluar la angin dari badan. Harapan cuma tinggal harapan. Memang tak boleh tidur malam tu, perut rasa makin sakit.

Nak buang air besar? Perut tak memulas.
Nak kentut? Perut tak berangin.
Sakit yang rasa macam ada benda bengkak kat dalam.

Esok pagi tu lepas je settle menggoreng nasi goreng cili kering, terus ajak bangpis pegi klinik. Konon nak tahu lah sakit apa, tapi yakin sangat ni mesti angin ni. Cadangan dia, lepas pergi klinik tu nak pergi berurutlah kasi buang angin dalam badan.

Tibalah giliran!

Awak demam? Tak.
Ada cirit birit? Tak.
Ada muntah-muntah? Tak.

Tekan bahagian rahim.
Belah kanan. Sakit? ---- Tak.
Belah kiri. Sakit? ----- Tak.

Tak sekitar pusat.
Belah kiri. Sakit? Tak.
Belah kanan. Auch! Sakit!

Ok awak kemungkinan ada radang appendik ni. Saya kasi surat refer ke Hospital. Pergi sekarang, takut appendik awak pecah. Bahaya.

Haaaa? Namun sebagai seorang pendengar arahan yang baik, walaupun berseluar tidur dengan sweat t-shirt ku terus menuju ke Mahkota Medical Centre. Inilah masanya kan nak guna medical card setelah 5 tahun beli.

Ok, ni dia cara nak guna medical card, sangat penting untuk dapatkan surat refer dari klinik or Hospital Kerajaan.

1. Dah dapat early diagnosis tu, ejen dah boleh advice sama ada boleh atau tidak guna medical card tu.
2. Boleh terus pergi bahagian kecemasan dan trauma. Sebab surat rujukan tu doktor dari klinik/hospital yang korang pergi tu, doktor dah tulis sedikit report pasal sakit/simptom yang korang ada. Jadi MO dekat emergency tu akan assist korang lebih cepat.

But masa giliran Lina, proses agak lama. Sebab MO suspek yang Lina pregnant. (luar rahim)
Sebab Lina nampak sangat sihat, boleh berjalan, tak demam dan boleh berbual santai-santai dengan doktor. Maka Lina kena sedekahkan sedikit urine dan darah bagi ujian kehamilan (Urine Pregnancy Test dan Blood Test).

Semua Negatif! Alhamdulillah. Tapi lepas tu kena proceed dengan CT Scan untuk pastikan sakit apa yang sebenar-benarnya. Doktor pun suruh admit wad sebab nak tunggu keputusan CT Scan + doktor yang sibuk dengan operation ambil masa yang lama.

Ha, waktu ni staff nurse kat situ akan advice apa yang perlu dibuat. 

Dorang akan mintak medical card korang. Tapi kalau korang tak bawak, bagi je nombor IC dan dari Syarikat Takaful/Insurans anda.
Kenapa? 
1. Sebab nak pastikan polisi masih aktif atau tidak. 
2. Kelayakan bilik wad korang.
3. Kemudian pihak hospital request Guarantee Letter (GL) dari MCO Syarikat Takaful korang.
Kalau komunikasi antara pihak hospital dan MCO berjalan lancar, maka GL akan keluar dengan cepat. (30 minit)


Bila GL dah keluar, maka pihak hospital akan minta deposit (terpulang pada prosedur setiap hospital.)

Macam medical card Zurich Takaful, semuanya ditanggung 100%. GL yang keluar juga bermaksud pihak Zurich Takaful dah sediakan deposit RM2,500. Cuma deposit hospital memang prosedur pihak hospital. Maka bayarlah RM450 dan terus dapat masuk wad.

BERSAMBUNG--

Wednesday 10 January 2018

Takaful untuk bayar hutang?

Pastikan penama polisi anda tahu apa hutang yg perlu mereka langsaikan andainya anda pergi dahulu. Ok? ☝

#zurichtakaful #takaful #incomeprotection #loanprotection #medicalcard #personalaccidentplan #term80 #investmentlink #Medica2015 #patina2016 #ejentakaful #claiminsurans #claimtakaful

Monday 16 October 2017

BILA SUAMI 'PERGI' MENGEJUT

Semalam sambil scroll FB, tertarik dengan artikel ni. Inilah yang saya cuba sampaikan kepada masyarakat, terutamanya wanita di luar sana. Bagaimana kita hendak hadapi pemergian suami, lebih lagi suri rumah.

"Kematian orang tersayang secara mengejut bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilalui oleh seseorang wanita apatah lagi dia perlu bangkit meneruskan kehidupan demi anak-anak yang masih kecil.

Kehilangan mereka yang menjadi tunjang utama dalam hidup kita merupakan pengalaman paling buruk dalam sejarah hidup dan boleh menimbulkan pelbagai keadaan dan perasaan yang bercampur baur apabila masih banyak perkara yang harus dipikirkan serta menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga keluarga setelah ketiadaan simati.

Setiap wanita yang kehilangan suami secara mengejut pada usia muda, pasti berasa kosong dan hilang arah apatahlagi sekiranya semasa hayatnya, sang suami yang melakukan segala urusan hal rumah tangga.

Bagaimanapun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan menerusi perkongsian dari seorang wanita di Iiumc, kita dapat mengetahu cara dan kaedah bagi menguruskan harta pusaka sekiranya kita kehilangan suami secara mengejut.

Mari kita baca perkongsian yang memberi manfaat ini.

Bila Suami Meninggal Mengejut

Assalamualaikum, terima kasih kalau tulisan saya disiarkan. Sempena hari Jumaat, saya nak sedekah ilmu yang ramai perlukan bila tiba masanya.

Saya kematian suami hampir 4 tahun lalu kerana meningtis atau jangkitan kuman pada otak. Tiba-tiba suami yang sihat ceria terpaksa dikomakan akibat sawan yang tak henti-henti walaupun dia tak pernah ada history epilepsy. Setelah koma 3 minggu, Allah ambil dia. Alhamdulillah, I accept with satisfaction because that is what redha means.

Anyway, saya macam lost sekejap sebab suami yang buat semua semasa hayatnya., sampaikan nak makan apa pun dia yg handle. Alhamdulillah Allah tempatkan insan-insan yang menolong untuk selesaikan bermacam urusan. Banyak benda kena buat sebenarnya tau, especially berkenaan harta pusaka. Saya cuba explain as best as I could but this is going to be lengthy so brace yourself.

1. Pencen Socso

 Kalau si mati meninggal sebelum usia pencen i.e. 50 tahun dan dia bekerja di company yang mencarum, warisnya akan terima Pencen Penakat. Isteri akan dapat pencen ni seumur hidup walau dia kahwin lain, anak-anak akan dapat hingga tamat belajar. Kiraannya saya tak tahu, kena tanya Socso tapi berdasarkan gaji terakhir. Alhamdulillah majikan saya yang sibuk ambilkan borang dan suruh isi. Saya mrmang tak tahu langsung kewujudan pencen ni. Pastu every year kena submit borang renew pada Socso ye, kalau nak pencen bulanan tu.

2. Loan Rumah

Kalau suami ada beli rumah guna nama dia je, loan akan settle sebab MRTA cover. Tapi kami buat joint loan so hanya separuh loan settle. Saya continue bayar bahagian saya macam biasa tapi tiba-tiba lepas 2 tahun bank call cakap ada tunggakan, banyak giler lak tu, dalam RM10k. Ommo! Apakah? Rupanya kena inform bank untuk buat rescheduling bayaran. Sebabnya bank cakap masa sign agreement loan, kita kata kita akan bayar RM3000 sebulan i.e. separuh suami bayar, separuh saya bayar. So bank expect RM3k tiap bulan. Sikit tak inform, tau2 dah dekat RM10k skali dgn interest lewat byr. Mmg keji. Konon bank Islamik, pinjaman pun Islamik. Hampeh! Sebab bengang dgn pengamal2 riba’ ni, saya settlekan semua loan. Padan muka! Sori, emo lak. So, ingat, sila reschedule monthly payment kalau buat pinjaman bersama. Senang je, isi borang je kat bank.

3. Kereta

Ni lagi satu pening. Kalau masa buat loan beli kereta, pastikan ambil insurans ke atas pinjaman tu tau. It’s a different insurance from the car. Insurans kereta yang guna bila accident tu semua biasa kan. Ni insurance macam MRTA yang kita ambil bila buat loan rumah tu. Tak ingat apa namanya tapi kena tanya kat bank, KENA TANYA! Cos they don’t usually volunteer the info sebab rugi kalau owner meninggal, bank kena continue bayar.

Kalau kereta murah bank offer tanpa ditanya tapi kalau yang mahal, takdenye. Kitorang x ambil sebab masa beli kereta tu innsurnce tu baru introduced. Ejen kereta kitorg yg Cina umur 50 tahun tu pun tak tau, bila dia find out siap cakap, “Bank ni jahat, mereka tak beritahu”. Takpelah, saya continue guna kereta tu walau mahal sebab masa arwah pergi, kereta baru beli setahun. Nak trade in tak mampu sebab loan kat bank banyak lg, kena top up puluh ribu. Takpe, Allah sentiasa pastikan rezeki saya cukup.Satu lagi, kereta tu waris boleh guna sampai bila-bila kalau ada Surat Kuasa. Kalau takde surat tu, boleh renew insurance dan road tax up to 3 years je. Surat Kuasa ni saya explain kat bawah nanti. Tapi bila renew road tax kena renew every 6 months, bukan setahun macam biasa ye.

4. Insurans

 Kalau si mati ada ambil insurance of course waris dapat pampasan la. Semua tahu kan. Yang saya nak cerita kalau si mati ambil insurance utk org lain, like his kids and wife. Bila dia meninggal, insurance tu akan continue automatically sebab selalunya ia covered by insurance. Alhamdulillah kan?

5. Akaun Bank

Kalau waris tahu no pin kad atm si mati, senang. Saya dan suami tak kongsi maklumat bank, termasuk la no pin. Ye la, kan takleh bgtau orang. Lagipun, saya shopaholic sedangkan suami jimat dan suka buat investments. Bahaya la kalau saya tau no pin dia kan? So, bila dia sakit tu, susah la sikit. Mujur saya bekerja.

Tapi nak access akaun dia kat bank bergantung kepada jumlah duit dalam akaun. Kalau ada kurang daripada RM5k, bank boleh transfer ke akaun waris jika ada akaun di bank yg sama. Jika lebih drp RM5k, duit tu pergi ke Amanah Raya. Kalau melalui Amanah Raya, tak beraya la jawabnya. Haha. Sorry, lame joke.

6. Surat Kuasa

Okay yang ni agak tedious. Waris kena ambil borang di Pejabat Tanah dan senaraikan harta si mati IN DETAIL ye. Harta ni termasuk rumah, tanah, kereta, wang dlm bank, unit amanah, etc., Lepas tu submit ke Pejabat Tanah beserta dokumen berkenaan sbg bukti. Contohnya kalau rumah, kena ada geran. Kalau loan bank tak habis lagi, maknanya geran takde dgn kita selalunya. So kena gi ambil geran sementara. Saya di Selangor jadi saya ambil di Bangunan SUK di Shah Alam. Kena bayar RM50 kalau tak silap. Geran sementara tu sah sebulan je tau so lepas settle tu silalah bergegas submit dgn borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah.

Lepas tu, tunggu surat utk dipanggil bicara di Mahkamah Rendah kalau nilai harta kurang daripada RM5 juta. Saya tunggu dalam sebulan kot. Bila hadir bicara, kena bawa 2 saksi ye. Jangan lupa bawa dokumen sokongan mcm geran tanah, geran kereta, statement bank, etc. Bicara tak lama pun tapi majistret akan tanya soalan tentang si mati. Saya dan saksi (kawan saya) menangis sebab soalan yang ditanya agak brutal (si mati ada beristeri lain? ada anak dgn perempuan lain? dll.)

Pengalaman saya tuntut harta pusaka ni mudah sebab keluarga arwah suami tak nak tuntut apa-apa sebab kesiankan anak-anak saya. Masuk court pun depa tak nak hadir, sampaikan majistret pun hairan diorg tak nak tuntut sebab arwah suami tinggalkan banyak duit. Tapi kalau keluarga si mati tu nak tuntut, itu akan ambil masa, especially untuk capai persetujan semua pihak.

Majistret lepas tu akan buat estimation nilai harta dan kita kena buat bayaran berdasarkan kiraan tu dlm tempoh sebulan rasanya. Kalau dlm RM200k, kena byr dlm RM1000 lebih. Surat Kuasa sebagai pentadbir harta boleh ambil di Pejabat Tanah lps sebulan lebih. Doalah supaya Dia permudahkan urusan kita. Surat Kuasa ni penting sangat untuk waris mentadbir dan mengurus harta ye, macam nak renew road tax n insurance kereta, nak keluarkan duit di bank, unit trust, etc. Simpan elok-elok dan buat salinan banyak-banyak sebab kadang-kadang  pihak bank akan ambil bila kita buat urusan.

Rasanya ni je kot urusan yg saya boleh share. Seperkara untuk ingatan semua, bila kehilangan dgn korang tersayang, surround yourself with people who remind you about akhirat. Kata-kata dari orang-orang sebegini akan membuatkan kita rasa kematian dia adalah satu khabar gembira kerana dia sudah di barzakh, tak lagi berbuat dosa dan disibukkan dgn hal-hal dunia.

Semoga Dia juga memberi kita kesudahan yang baik."

Sumber- Iiumc

Sunday 15 October 2017

CARA MENGGANTI GAJI BILA BERLAKU KEMATIAN DAN SAKIT

Kenapa disyorkan ada income protection yang tinggi nilainya iaitu bernilai sekitar 10 tahun gaji atau lebih.

Ada dua kaedah yang boleh digunakan oleh ahli waris setelah kematian pemegang polisi:

1. Capital liquidation method (cara pencairan modal)

Jika nilai pampasan bernilai 10 tahun gaji. Keperluan dan perbelanjaan untuk ahli waris akan mencukupi untuk selama 10 tahun.

Contoh:

 Gaji sebulan RM2000. Nilai gaji 10 tahun = RM240,000.

Berlaku kematian pada pemegang polisi. Dapat nilai pampasan sebanyak RM240,000.

Duit tersebut boleh digunakan untuk belanja selama 10 tahun dengan anggaran perbelanjaan setiap bulan RM2000.

Maka polisi mestilah mempunyai perlindungan sebanyak RM240,000.

.

2. Capital intact method (cara pengekalan modal)

Menjana suatu pendapatan pasif kepada ahli waris setelah kematian pemegang polisi dengan cara pelaburan. Contoh paling mudah adalah meletakkan duit di Tabung Haji dan hujung tahun dapat bonus sekitar 6%.

Contoh kira-kira:

Untuk jana suatu pendapatan pasif bernilai RM2000 sebulan.

Duit yang perlu dilabur di Tabung Haji (bonus tahunan 6%).

Gaji setahun RM24,000 bahagi 6% (bonus Tabung Haji) = RM400,000.

Laburkan RM400,000 dalam Tabung Haji dan nikmati hasil bonus tahunan sekitar 6% iaitu RM24,000.

RM24,000 boleh digunakan untuk perbelanjaan selama setahun akan datang.

Maka polisi mestilah mempunyai perlindungan sebanyak RM400,000.

Yang mana satu lebih baik? Tepuk dada, tanya kocek.

.

Faham ke? Jika faham boleh komen sikit.

Sumber :

Friday 25 August 2017

MEWUJUDKAN HARTA PUSAKA DENGAN TAKAFUL




Mewujudkan harta pusaka kini bukanlah susah!
Anda hanya perlu disiplin mencarum RM50-200 sebulan untuk mewujudkan RM80,000 serta merta.
Anda ada RM50 kini pon tak kaya. Anda hilang RM50 kini pon tak jatuh miskin.
Kenapa perlu berkira-kira untuk diri sendiri dan yang tersayang?
Lina Hamdan
013 991 2486

#zurichtakaful #takaful #hartapusaka #hibahtakaful #incomeprotection #medicalcard #personalaccidentplan #term80 #investmentlink #medica2015 #patina2016

Tuesday 22 August 2017

HIBAH KEPADA ANAK






Seorang kawan yang baik pasti ingin berikan yg terbaik pada kawannya.
Pagi ni client wassap, nak suggest dekat kawan dia plan Takaful but with very minimum budget. Single mother. Mother of one son. Age 24. Husband meninggal accident.

Memandangkan hanya dia seorang pencari nafkah dan dia nak prepare something untuk anak dia tanpa sesiapa boleh ambil hak anak dia. Pengajaran lepas keluarga arwah suami berebut harta arwah dan masih tak selesai.
Jadi lina hanya mampu tolong berikan the best advise and plan for her. Harap sedikit sebanyak melegakan hati dia bila berfikir tentang nasib dia dan anak. Semoga dipermudahkan urusan hidup dia dan dipanjangkan umur.
Amin.


Lina Hamdan
013 991 2486
Zurich Takaful Berhad

#zurichtakaful #takaful #incomeprotection #medicalcard #personalaccidentplan #term80 #investmentlink #medica2015 #patina2016 #hibahtakaful

Wednesday 3 May 2017

PELUANG KERJAYA EJEN TAKAFUL


DRINK COFFEE, MAKE MONEY.
Lina, kau asyik ajak orang 'drink coffee' je, coffee free untuk aku ada tak?

Ada apa pulak takde, hah ni dia! Zurich Takaful nak belanja. Sambil minum, sambil dengar peluang kerjaya bersama Zurich Takaful.
Barulah betul 'DRINK COFFEE, MAKE MONEY!' Anda yang nak cari side income, extra income, nak tukar income, sesuai sangatlah datang dan jumpa Isnin depan di Scrummy Restaurant,Jalan Ipoh.
Nak datang Call/Whatsapp/Mesej je

🙋 Lina Hamdan
📞 013 991 2486

#Zurichtakaful #takaful #vacancy #kerjakosong #ejentakaful #letstalk #0139912486