RM 12, 612.99 total kos pembedahan buang appendik.
Terkejut tak? Haaa, sebab apa mahal? Sebab sekarang teknologi dah makin maju. Tak perlu lagi nak belah-belah perut, pembedahan untuk appendik ni perlu tebuk tiga lubang sahaja. So perut kekal cantik dan menawan ☺
...................................................................................................................................................................
Permulaan cerita dia, 21/02/2019 haritu rasa tak sedap perut. Rasa sakit betul-betul sebelah pusat sebelah kanan. Jenis Lina ni pulak, memang selalu sakit perut. Satu sakit 'kawan baik' dan sakit
Tapi kali ni memang lain macam sakit dia, nak kata berangin takde pulak rasa nak sendawa ke. Tapi malam sebelum tidur tu memang pulun minum air panas, dengan harapan keluar la angin dari badan. Harapan cuma tinggal harapan. Memang tak boleh tidur malam tu, perut rasa makin sakit.
Nak buang air besar? Perut tak memulas.
Nak kentut? Perut tak berangin.
Sakit yang rasa macam ada benda bengkak kat dalam.
Esok pagi tu lepas je settle menggoreng nasi goreng cili kering, terus ajak bangpis pegi klinik. Konon nak tahu lah sakit apa, tapi yakin sangat ni mesti angin ni. Cadangan dia, lepas pergi klinik tu nak pergi berurutlah kasi buang angin dalam badan.
Tibalah giliran!
Awak demam? Tak.
Ada cirit birit? Tak.
Ada muntah-muntah? Tak.
Tekan bahagian rahim.
Belah kanan. Sakit? ---- Tak.
Belah kiri. Sakit? ----- Tak.
Tak sekitar pusat.
Belah kiri. Sakit? Tak.
Belah kanan. Auch! Sakit!
Ok awak kemungkinan ada radang appendik ni. Saya kasi surat refer ke Hospital. Pergi sekarang, takut appendik awak pecah. Bahaya.
Haaaa? Namun sebagai seorang pendengar arahan yang baik, walaupun berseluar tidur dengan sweat t-shirt ku terus menuju ke Mahkota Medical Centre. Inilah masanya kan nak guna medical card setelah 5 tahun beli.
Ok, ni dia cara nak guna medical card, sangat penting untuk dapatkan surat refer dari klinik or Hospital Kerajaan.
1. Dah dapat early diagnosis tu, ejen dah boleh advice sama ada boleh atau tidak guna medical card tu.
2. Boleh terus pergi bahagian kecemasan dan trauma. Sebab surat rujukan tu doktor dari klinik/hospital yang korang pergi tu, doktor dah tulis sedikit report pasal sakit/simptom yang korang ada. Jadi MO dekat emergency tu akan assist korang lebih cepat.
But masa giliran Lina, proses agak lama. Sebab MO suspek yang Lina pregnant. (luar rahim)
Sebab Lina nampak sangat sihat, boleh berjalan, tak demam dan boleh berbual santai-santai dengan doktor. Maka Lina kena sedekahkan sedikit urine dan darah bagi ujian kehamilan (Urine Pregnancy Test dan Blood Test).
Semua Negatif! Alhamdulillah. Tapi lepas tu kena proceed dengan CT Scan untuk pastikan sakit apa yang sebenar-benarnya. Doktor pun suruh admit wad sebab nak tunggu keputusan CT Scan + doktor yang sibuk dengan operation ambil masa yang lama.
Ha, waktu ni staff nurse kat situ akan advice apa yang perlu dibuat.
Dorang akan mintak medical card korang. Tapi kalau korang tak bawak, bagi je nombor IC dan dari Syarikat Takaful/Insurans anda.
Kenapa?
1. Sebab nak pastikan polisi masih aktif atau tidak.
2. Kelayakan bilik wad korang.
3. Kemudian pihak hospital request Guarantee Letter (GL) dari MCO Syarikat Takaful korang.
Kalau komunikasi antara pihak hospital dan MCO berjalan lancar, maka GL akan keluar dengan cepat. (30 minit)
Bila GL dah keluar, maka pihak hospital akan minta deposit (terpulang pada prosedur setiap hospital.)
Macam medical card Zurich Takaful, semuanya ditanggung 100%. GL yang keluar juga bermaksud pihak Zurich Takaful dah sediakan deposit RM2,500. Cuma deposit hospital memang prosedur pihak hospital. Maka bayarlah RM450 dan terus dapat masuk wad.
BERSAMBUNG--