Cerita semalam. Harini baru dapat share setelah ada masa untuk bertenang.
Dalam meeting semalam dapat whatsapp dari client, tanya pasal limit medical card dan cover ke tak kalau kemalangan. Biasanya kalau client tanya macam ni mesti ada sesuatu yang jadi depan mata atau sekeliling dia.
Sebagai seorang Safety n Health Officer, macam macam jugak soalan abam duam ni tanya. Pum pam pum pam lepas bagi explanation kt abam duam ni, barulah dia share. Kawan dia terlibat dlm kemalangan, lagi 1.5km je nak sampai tempat kerja. Patah 7. Pergi KMC Kuantan, minta RM17ribu untuk operate kaki sahaja. Yang patah kaki. Dua-dua tangan patah dua. Pipi patah dua. So agaknya total kos tu berapa? Ada medical card, tapi sayang medical card tak boleh guna sebab ada tunggakan. Dalam kes macam ni, amat penting untuk rakan atau keluarga hubungi ejen takaful anda. Sekurang2nya ejen boleh nasihat atau bimbing anda kerana ada dua jenis tungggakan.
Pertama. Jika berlaku sesuatu dalam tempoh 30 selepas tarikh yang perlu dibayar (due date)dan polisi belum lapsed, pelanggan masih boleh buat bayaran dan menggunakan khidmat medical card/plan takaful yang ada.
Kedua. Jika tunggakan lebih daripada 30 hari daripada tarikh yang perlu dibayar (due date) dan polisi lapsed, anda perlu membayar tunggakan sedia ada dan anda akan diberi tempoh menunggu selama sebulan sebelum anda boleh menggunakan medical card anda.
Sebagai pelanggan, anda layak dapatkan khidmat nasihat dari ejen anda. Walaupun kadang2 ejen dah beri penjelasan penuh waktu serahan polisi, kadang2 ada yang kita tak aware dan beri perhatian. Tapi jangan risau, ejen anda adalah 'dictionary and your directory'.
Menurut abam duam ni, kawannya kini berada di wad. Pembedahan akan dilakukan pada hari selasa. Semoga isterinya yang sedang mengandung 8bulan diberi kekuatan menempuhi dugaan ini. Semoga dipermudahkan urusan mereka. Amin.
Lina Hamdan
013 991 2486
Zurich Takaful Berhad
#zurichtakaful #takaful #incomereplacement #accident #personalaccidentplan #MedicalCard #EjentakafulKL #0139912486