Thursday, 17 December 2015

PERLINDUNGAN PENDAPATAN ATAU KAD PERUBATAN?

PERLINDUNGAN PENDAPATAN ATAU KAD PERUBATAN ?

Soalan ni selalu ditanya oleh para prospek. Sebenarnya kedua-duanya adalah penting, jika anda mempunyai bajet yang cukup. 

Tetapi, jika bajet anda terhad adalah digalakkan untuk anda mengambil Plan Perlindungan Pendapatan terlebih dahulu. Saya cakap macam ni sebab dengan MAA Takaful anda boleh ambil plan berasingan! Saya berikan satu case study untuk memudahkan anda memahami kepentingan setiap produk.

Case Study

Mr.A  : Seorang Despatch
Umur : 25 tahun
Gaji : RM 1,500 sebulan
Insurans/Takaful : Tiada
Status : Berkahwin/Seorang anak


a) KEMALANGAN
Mr.A terlibat dengan kemalangan dan mengakibatkan beliau mengalami Cacat Kekal/Lumpuh.
Mr.A hilang punca pendapatan tapi perbelanjaan seperti biasa malah makin meningkat akibat rawatan selepas kemangan. 

Jika ada Kad Perubatan :
     Semua bil hospital ditanggung. Namun Mr.A perlu terus mencarum untuk menggunakan manfaat kad perubatan.

Jika ada Plan Perlindungan Pendapatan:
     Mr.A akan memperoleh pampasan RM 100,000 .
     Mr.A masih lagi mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan.
     Namun jika mempunyai kad perubatan, Mr.A masih boleh terus mencarum dengan menggunakan wang pampasan .
    Mr.A masih boleh berbelanja seperti biasa sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun dan dalam tempoh tersebut Mr.A mempunyai inisiatif untuk mencipta pendapatan lain dan isterinya masih boleh mencari kerja bagi membesarkan anak mereka.


b) PENYAKIT KRITIKAL
Mr.A didiagnos mengalami Kencing Manis dan berisiko untuk buta. Mr.A berisiko untuk diberhentikan kerja dan keadaan ini boleh mengakibatkan beliau hilang punca pendapatan.
Perbelanjaan berjalan seperti biasa dan makin bertambah kerana beliau perlu menjalani rawatan dialisis/insulin bagi penyakit kencing manisnya.

Jika ada Kad Perubatan :
     Semua bil hospital ditanggung. Mr.A juga boleh menikmati rawatan dialisis di mana Mr.A boleh claim bil rawatannya dengan MAA Takaful. Namun Mr.A perlu terus mencarum untuk menggunakan manfaat kad perubatan.

Jika ada Plan Perlindungan Pendapatan:
     - Mr.A akan memperoleh pampasan RM 100,000 .
     - Mr.A masih lagi mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan.
     - Namun jika mempunyai kad perubatan, Mr.A masih boleh terus mencarum dengan menggunakan wang pampasan .
     - Mr.A masih boleh berbelanja seperti biasa sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun dan dalam tempoh tersebut Mr.A mempunyai inisiatif untuk mencipta pendapatan lain dan isterinya masih boleh mencari kerja bagi membesarkan anak mereka.

c) KEMATIAN
Mr.A tidur dengan lena dan tidak buka mata keesokan harinya. Disahkan bahawa beliau meninggal dunia.
Beliau bukan sahaja meninggalkan isteri dan anaknya,
Beliau juga meninggalkan sedikit simpanan (jika ada)
Beliau juga meninggalkan hutang, (kereta,peribadi)
Beliau meninggalkan tanggungjawab perbelanjaan rumah, sewa rumah, makanan, belanja membesarkan anak kepada isteri dan ahli keluarganya.

Yang pergi pasti tak kembali. Namun,

Jika ada Kad Perubatan :
    MAA Takaful akan memberikan sebanyak RM5,000 sebagai khairat kematian (Urusan Pengebumian)

Jika ada Plan Perlindungan Pendapatan:
     - Waris akan memperoleh pampasan RM 100,000 .
     - Waris boleh membantu melangsaikan hutang piutang Mr.A. 
     - Isteri Mr.A boleh menggunakan wang tersebut bagi meneruskan kehidupan dalam beberapa tempoh untuk membesarkan anak . Dalam tempoh tersebut isteri Mr.A sekurang-kurangnya sedikit pulih dari kesedihan dan mampu mencari nafkah sendiri.


Saya tidak mengatakan Kad Perubatan tidak penting, Kad Perubatan amat penting untuk penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Tapi, kedua-duanya penting kan? Jadi ambillah kedua-duanya sekali! Yang penting, komitmen anda untuk terus mencarum!

Lina Hamdan
013 991 2486
MAA TAKAFUL BERHAD

Thursday, 24 September 2015

KEMALANGAN, BAGAIMANA KALAU TIDAK DIBAYAR GAJI?

PATINA2016 dari MAA TAKAFUL


Selalunya kemalangan yang mengakibatkan patah tulang, berapa lama tempoh cuti yang diberikan oleh doktor?
2 bulan?
3 bulan?
dan bagaimana kalau lebih dari 3 bulan?
Adakah pihak majikan akan membayar gaji penuh?
Atau bayar pada 3 bulan pertama dan diberi pilihan untuk berhenti kerja?
Sumber pendapatan tiada, namun belanja meningkat.
Follow up doktor, buat dressing selepas kemalangan.
Sekurang-kurangnya dengan PATINA2016, anda boleh:-
- Claim balik kos perubatan : RM6,000 setahun
- Menampung pendapatan : MC seminggu dibayar RM200 (setiap minggu)
- Pampasan akibat patah : RM10,000 setahun.
- Kena tahad wad : Sehari dibayar RM100 (sehingga 120 hari)
Bolehlah paling tidak menampung kos masuk besi ke, kos nak buat dressing dan jika berlaku KEMATIAN atau LUMPUH ada wang pusaka RM100,000 untuk kelangsungan hidup.

FB : Le Liena
Instagram : @nleliena

Thursday, 17 September 2015

PELAN KEMALANGAN YANG TERBAIK DARI MAA TAKAFUL - PATINA2016

Assalamualaikum. 18/9/2015

Sekali lagi MAA Takaful Berhad keluarkan produk terbaik untuk pelan kemalangan, PATINA2016.
Bulan lepas sibuk dengan booth di Hospital Selayang dan Wangsa Walk bagi promosi PATINA2016.

Pelan kemalangan ni memang dapat sambutan yang baik terutamanya dari generasi Y. Harga yang murah dan manfaat yang sangat sangat menarik. Sampai yang singgah di booth kami, berminat dan terus buat caruman setahun!

Bayangkanlah dengan harga RM342 SETAHUN, PATINA2016 ni akan bagi manfaat seperti berikut,

- Kematian (semua sebab, selain kemalangan)   : RM 20,000

- Kematian/Cacat Kekal (akibat kemalangan)    : RM 100,000

- Bayaran balik perubatan (setiap tahun)             : RM 6,000

- Pampasan mingguan (cuti sakit/mc)                 : RM 200 (setiap seminggu)

- Patah Tulang/Kelecuran (setiap tahun)             : RM 10,000

- Pendapatan hospital harian (warded)                : RM 100 (setiap hari, maksimum 120 hari)

- Bayaran Ambulans                                            : RM 500 (setiap kemalangan)

- Rawatan Alternatif (setiap kemalangan)           : RM 200

dan seperti biasalah MAA akan beri 20% DISKAUN LOYALTI jika sijil masih aktif pada tahun ke-3!!

JADUAL PENUH-MANFAAT PATINA2016


Tuntutan bagi manfaat diatas adalah diatas sebab KEMALANGAN SAHAJA! Sebabnya, ada juga yg bertanya sama ada boleh claim ke kalau demam or sakit-sakit biasa. Jawapannya adalah TIDAK BOLEH sama sekali kerana ini adalah Pelan Kemalangan. :)

Harga PATINA2016 ini adalah mengikut jantina, umur dan kelas pekerjaan. Sila rujuk Jadual di bawah. 


KELAS PEKERJAAN 1
(Bagi individu yang bekerja di pejabat - Contoh : Kerani/Akauntan/Penyambut Tetamu/Pegawai Bank/Pelajar/Arkitek)

KELAS PEKERJAAN 2
(Bagi individu yang bekerja di pejabat dan diluar - Contoh : Jurujual/Konsultan hartanah, insurans, takaful/penyelia)




KELAS PEKERJAAN 3
(Bagi individu yang bekerja di dalam/luar dan terlibat dengan pengendalian jentera manual yang kurang berisiko - Contoh : Pemandu teksi/Suri Rumah)


KELAS PEKERJAAN 4
(Bagi individu yang bekerja di dalam/luar dan terlibat dengan pengendalian jentera manual yang berisiko - Contoh : Pekerja tapak pembinaan/Juruteknik/Polis/Pemandu Lori)

Jika berminat, bolehlah dapatkan keterangan lanjut dari Lina terus ya. Khidmat nasihat adalah percuma.

Sekian,


Lina Hamdan
013 991 2486
MAA TAKAFUL BERHAD

FB : Le Liena
Ig  : @nleliena

Tuesday, 4 August 2015

Adik kemalangan , kakak tak sempat nak ambilkan plan kemalangan - MAA Takaful

Seminggu sebelum puasa, adik bongsu accident. 
Patah tulang. Nak dekat 2 bulan tak sekolah. 

Ahad lepas, adik yang first pulak accident. Alhamdulillah nasib baik minor injury. Tapi motor teruk sikit dan jumlah kos repair motor pon cecah RM700.

Si kakak yang konsultan Takaful ni dah gelabah bila ibu tanya apa yang cover kat adik ni? Sebab adik just ade polisi pampasan utk tuntutan kematian, cacat kekal dan penyakit kritikal je. 

Tu nasib baik motor dye ade insurans. Kot patah riuk kena masuk besi ke, bayar besi je dah berapa kos dye.

So dengan persetujuan adik adik ku akak decide kan PATINA2016 utk adik adik. 



Motor ni kena repair dan kos keseluruhan hampir RM700 . Nasib baik la Uncle Cina tu tahu salah dia dan tolong bayarkan.


Ni si Helmi accident, alhamdulillah tangah je calar-balar. Terlanggar kereta depan yang brek kecemasan sebab nak elak kucing.


Si Syahid ni jatuh motor depan surau sebab salah masuk gear. Motor jatuh and handle motor tu hempap lengan dia. Orang kata tangan dia patah tebu. Lepas orang tolong angkat motor tu, dia rasa tangan dia jadi panjang. Haih macam macam la kau dik.



Dengan RM121.50(bayaran 3 bulan utk 2 orang), Helmi dan Farhan (Syahid tak boleh ambil sebab dah accident) dah dapat manfaat :-

Kematian (kemalangan) : RM50,000
Bayaran perubatan : RM5,000 setiap tahun
Patah tulang/kelecuran : RM8,000 setiap tahun
Elaun duduk wad : dapat RM50 sehari.

N macam macam lah. Korang selalu memandu, bwk motor jomlah amek PATINA ni. Murah dan berpatutan.

Lina Hamdan
013 991 2486
MAA TAKAFUL BERHAD

#MAATakaful #Takaful #plankemalangan


FB : Le Liena
Ig   : nleliena

Wednesday, 22 July 2015

Wang Pampasan Takaful dan Hutang






Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sedar kan? Hidup kita ni memang dibelenggu hutang.
Secara umumnya,

Lepas SPM - Hutang PTPTN (RM15,000)
Menjangkau 20(keatas) - Beli kereta (RM50,000)
Menjangkau 30(keatas) - Beli rumah (RM200,000)

Belum campur lagi hutang peribadi, hutang mak ayah, ahli keluarga.
Jatuh sakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi.
Semua tu perlu diselesaikan sepanjang hayat kita.
Kalau umur panjang, alhamdulillah.
Tapi kalau pergi di tengah jalan, apa yang ditinggalkan kepada waris adalah HUTANG HUTANG HUTANG!

Macam kasar, tapi itu hakikat.
Saya juga, berbekalkan RM150 sebulan,
- Tersedia RM100,000 setiap tahun utk menanggung kos rawatan/perubatan/pembedahan.
- RM100,000 sebagai peninggalan kepada waris.

Bukan mintak jatuh sakit, tapi sebagai usaha utk tidak membebankan orang yg ditinggalkan.
Anda fikir. Anda usaha. Anda tentukan.
#MAATakaful
#takaful
#incomeprotection
#medicalcard
#medicalcardstandalone

Thursday, 25 June 2015

Cipta Harta Pusaka dengan RM50 sebulan.


Apa yang anda dapat dengan RM50 sebulan?
- Mungkin topup utk plan internet?
- bayaran hutang PTPTN?
- duit bulanan kepada ibu atau ayah?
- atau mungkin beli beg dkt ig shop yg pelbagai?
Tapi anda juga perlu tahu dengan RM50 sebulan ini jugalah mampu menggantikan gaji anda selama 5-6 tahun. (Anggaran gaji RM1,000 sebulan).
Kerana, dengan RM50 sebulan inilah yang akan memberi anda RM100,000 pampasan andai anda TIDAK MAMPU MENAJANA PENDAPATAN SENDIRI dan DIBERHENTIKAN KERJA akibat :-
- anda didiagnos PENYAKIT KRITIKAL( serangan jantung, kanser, kegagalan buah pinggang, barah otak)
Atau
- menghadapi CACAT KEKAL( akibat kemalangan, serangan angin ahmar)
Tapi yang pasti,
- KEMATIAN

Andai simpanan anda sudah mampu menggantikan gaji anda yang sedia ada, maka tahniah! Anda seorang yg prihatin.
Yang masih belom ada. 

Lina Hamdan
013 991 2486

*Illustrasi bagi yang berumur 20-30 sahaja. Umur 30 boleh email lienahamdan92@gmail.com utk dapatkan quotation secara percuma.

Saturday, 10 January 2015

JANGAN JADIKAN TAKAFUL PUNCA HILANG BERGANTUNGAN PADA ALLAH

Assalamualaikum. Pagi ni terbaca satu ayat " jangan hilang pergantungan pada Allah".

Paling menarik bila berkait dgn takaful, bidang yg lina buat sekarang. Takaful ini cuma satu platform di mana ia merupakan perancangan kita untuk mengurangkan beban bila ditimpa musibah. Tapi hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa menyelesaikan segala musibah yg kita hadapi.


Lepas post (gambar di atas) , scroll scroll fb terbaca pasal jutawan yg ditipu anak anak dia. RM4juta!!!

Dalam usia mcm tu, dia terpaksa bekerja di ladang orang lain, utk menampung bil perubatan.

Siapa yang pernah nak sangka? Kita dah ada duit berjuta juta tapi sekelip mata duit lesap, dan kita yang sakit pulak terpaksa bekerja dgn usia yg dah tua.



Takaful ni sebenarnya salah satu harta kita yang mudah cair. Medical card pulak adalah satu bonus.

Memang bg yang kaya, berharta, ade aset berjuta berjuta, tambahan pulak ada perniagaan dan syarikat sendiri tak perlu risau jika keadaan menuntut wang serta merta.

Tapi jika berlaku kematian, segala harta dan perjalan perniagaan dihentikan sekejap dan semua harta dibekukan bagi tujuan pengiraan dan pembahagian harta pusaka.

Jadi, hanya takaful harta anda yang boleh dicairkan serta merta dan dgn wang itu dapat digunakan oleh waris anda sementara menunggu pembahagian harta pusaka.

Harap perkongsian ini dpt memberi sedikit pengetahuan. Mana yang salah dan silap harap diberi teguran.

Lina MAA Takaful
013 991 2486