Selepas dua bulan join MAA Takaful, dapat komisyen pertama terus beli Medical Card (MC). Dengan bajet RM80 sebulan, dapatlah Medical Card yang bagi coverage:
- RM50,000 setahun
- Bilik RM150 di 106 buah hospital swasta
- Paling best kad ni auto renew sampai umur 80 tahun
- Limit RM 2.9 juta untuk tanggung kos rawatan dan pembedahan.
Pengalaman pertama buat claim di MAA Takaful ni adalah claim diri sendiri. Tak sangka! Dua minggu lepas dapat Medical Card terus kena denggi.
Tapi part yang tak bestnya still tak dapat guna Medical Card tu sebab cooling period dia sebulan. So bila tak boleh guna tu terpaksalah minta refer kat Hospital Kerajaan (sebab saya kekurangan bajet).
Mula-mula checkup di Klinik Kesihatan Sungai Besi, cek darah and positif denggi. Platlet rendah dan dehydrated. Badan memang tak boleh terima makanan and minuman langsung. Doktor cepat-cepat keluarkan surat refer kt HUKM dan terus direct ke kecemasan.
"Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari."
Sampai je di HUKM, terus ke kecemasan ingatkan dapatlah terus masuk wad. Rupa-rupanya .... Setelah memeriksa suhu dan menanyakan simptom simptom, doktor dengan senang hati cakap "Ini bukan denggi dik". Alahai doktor, janganlah buat lawak.
Oleh kerana tidak puas hatinya doktor tu, kenalah amek darah lagi sekali. Cucuk punya cucuk, kali yang ketiga barulah berjaya amek darah aku ni. Lepas amek darah lagi sekali, baru dapat sahkan yang memang kononnya denggi dan kena tahan wad.
Masuk wad? Tak semudah tu sayang ... Nah mendapat! Dari pukul 10 pagi dapat treatment, pukul 8 malam baru dapat masuk wad dan ia adalah Wad Kardiologi (wad pesakit jantung). Sebab wad tu je yang ada katil kosong.
Tapi tak dinafikan, pengalaman yang cukup bermakna bila duduk kat hospital. Barulah terasa menghargai sangat jasa jasa jururawat yang bersengkang mata menjaga pesakit-pesakit tak kira bangsa dan agama. Terima kasih dan tahniah kepada jururawat jururawat wad kardiologi HUKM!
Alhamdulillah, genap 7 hari di hospital akhirnya dapat la balik sebab platlet da naik ke 51. Paling best pulak, senior konsultan suruh buat claim Elaun Hospital. Bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal! (tunggu entry untuk claim Elaun Hospital)
So korang, memang penting sebenarnya ade Medical Card ni. Tu baru denggi, macam mana pulak kalau ditakdirkan tetibe kita ni kena buat pembedahan lepas terkena minor heart attack. Tak kelam kabut nak cari duit?
Kat Malaysia ni,
1% - yang mampu keluarkan duit untuk tanggung rawatan pembedahan.
14 % - yang mampu keluarkan duit segera tapi bermasalah nak bayar balik (hutang kawan-kawan, family, bank)
80% - yang meninggal sebelum mendapatkan rawatan.
Anda rasa bagaimana?
Lina - MAA Takaful