Saturday, 6 December 2014

Tayar dan Takaful

Si B ajak minum.

B: Aku ajak minum ni, tp ko jgn nak cite la pasal insurans ko. bosan. tak minat la..

A: eh, kau bawak kete kan? kau bawak berapa tayar ek?

B: aku bawak 4 la.

A: 4 ke 5?

B: oh, 5 la. sekali dgn tayar spare.

A : so 5 tayar la kan. asal ko bawak lagi satu? dengan harga minyak sekarang, beratkan lg beban ko nk bawak, minyak pon gune banyak. baik ko letak je simpan kat rumah.

B: eh, tak bolelah. kang kena paku. pancit tgh jalan. lagi lagi kalau highway. senang ade tayar spare, bolehlah tukar.

A: so utk family ko, ko da sediakan duit spare utk dorg? kot la eksiden, tayar bole tukar. klw ko pulak kot la lumpuh ke. Family ko nak makan ape? tanggung ko lagi. pampers ko. duit ubat ubat ko? anak ko nk belajar lagi?

A : kalau ko tak keje takpe, tapi kalau TAK BOLEH keje tu yg susah. kla, aku ade appointment. *sedut air, blah*


-jom bermula dgn RM100 dan cipta RM100,000 wang pusaka atau duit 'spare' anda.

Lina: 013 991 2486

Tuesday, 2 December 2014

MEDICAL CARD MAMPU MILIK. PERLINDUNGAN YANG HEBAT. DISKAUN.

MAA Takaful telah melancarkan produk yang terbaru pada 15 October 2014 iaitu MEDICA 2015.
Sudah semestinya produknya lebih memberikan manfaat kepada pelanggan.

Manfaat :
• Harga yang lebih murah berbanding SM200.
• Kelayakan bilik sehingga RM1,000.
• Perlindungan sehingga RM500,000 setahun.
• Tiada ko-takaful
• Swipe seperti kredit kad / tidak perlu tunggu GL lama.
• Layak mendapat pandangan pakar kedua.
• Khairat kematian RM5,000
• NO CLAIM DISCOUNT
     Contoh : Harga medical En. A adalah RM1,000 setahun. Tiada tuntutan sepanjang tahun pertama, anda layak menerima 20% No Claim Discount iaitu sebanyak RM768 (diskaun setelah tolak RM40 utk MCO).


Best kan? Siapa yang berminat boleh survey jadual di bawah. Mengikut umur dan harga bilik yang anda inginkan. Harga yang tertera adalah harga utk setahun.



Jika berminat boleh hubungi Lina di:

Call/Mesej/Whatsapp/Telegram : 013 991 2486
Email : lienahamdan@yahoo.com

Monday, 24 November 2014

Cara membayar polisi Takaful sendiri (MAA Takaful)

Assalamualaikum. Entry hari ni berkenaan dengan bayaran polisi sendiri. Sebab selalu dengar komplain 'tak percaya dekat ejen, pernah ditipu bayar bulan bulan tapi bile claim, rupa rupanya polisi dah lame lapsed'.

So bagaimana anda bayar sendiri dengan cara mudah dan selamat?

1. Tahu nombor polisi anda dan berapa polisi yang anda miliki. Sebab ada sesetengah pelanggan suka polisi diasingkan medical card dan plan takaful.untuk mengelakkan nilai tunai digunakan tanpa sedar.

2. Bagaimana mod bayaran anda (bulanan/suku tahunan/setengah tahunan/tahunan)

3. Berapa amaun setiap polisi anda.

Ok seterusnya jom proceed dengan cara bayaran. Tapi utk entry ni Lina gune maybank2u la.

1. Login akaun maybank2u anda.
2. Terus ke 'Accounts & Banking'
3. Pergi ke 'Bill Payment' anda terus ke 'Make one-off payment'.
4. Pilih senarai utk 'Insurance & Takaful' dan pilih syarikat Takaful anda (MAA Takaful)


5. Masukkan nombor polisi anda dan jumlah polisi.
6. Jangan lupe, screenshot bayaran anda/ print resit pembayaran dan beri kepada konsultan anda sebagai bukti dan mereka boleh tolong semakkan pengesahan bayaran anda. Ataupun utk pemegang polisi MAA Takaful. Boleh semak polisi anda di Portal Pelanggan MAA Takaful. Jgn lupa daftar dahulu.

https://family.maatakaful.com.my/MyAccount/loginpage.aspx


Sunday, 23 November 2014

Remaja perlu ke ambil Takaful?

Konsultan : assalamualaikum cik, boleh saya berkongsi sikit ilmu berkenaan takaful?

Prospek : takpela tak minat la.. banyak komitmen lain.

Konsultan: takpe cik, sy nk kongsi je. Takde paksaan. Cik setiap bulan ade menyimpan?

Prospek: ade la sikit..

Konsultan: sekarang berkereta?

Prospek : Ye, kenapa?

Konsultan: alhamdulillah, kereta ada insurans?

Prospek : Ada.

Konsultan : bulan2 bagi mak ayah duit?

Prospek: Ada.

Konsultan: Kalau tak kisah boleh sy tahu berapa?

Prospek : adela RM100.

Konsultan : Pernah terfikir andai semalam diuji Allah ditimpa kemalangan, kereta rosak. Kita cedera teruk. Mesti dah tak bimbang kan kereta rosak? insurans tlg bayarkan.
Tapi diri sendiri? Kita mungkin hilang punca pendapatan, ibu ayah terpaksa menanggung kita lagi. Duit bulanan utk ibu ayah pon tak dapat nak bagi, sebaliknya dorang pulak keluarkan duit utk kita. Cukuplah kan dah 20 tahun dorg tanggung kita?

Prospek : (diam berfikir)

Konsultan : ok tak cik kalau cik simpan RM50 dlm takaful, ade tabung RM50,000-100,000 utk cik. Sekurang2nya kalau jadi mcm tu kat cik, duit tu boleh ganti income cik dlm 3-7 tahun.

Prospek : (diam, berkerut dahi)

Konsultan : Takpe cik, jika berminat boleh call or wassap sy. Ni kad n pamplet berkenaan produk. Terima kasih luangkan masa utk saya.

Prospek : eh kak, takpela. akak terangkan dulu kat saya pasal takaful ni. sy tak tahu apa.

konsultan: boleh dik (senyum)

Jika anda berminat -konsultan anda
Lina : 013 991 2486 (KL,Sg Besi,Serdang)
May : ‪010 933 2092 (KL,Selayang,Gombak)
Hidayah : 017 779 6053 (KL,Seremban,Johor)‬

Thursday, 13 November 2014

REALITI KEHIDUPAN

Benarkah??




REALITI KINI.

"Jangankan RM20,000.00 jika doktor minta RM5,000.00 pun teragak-agak nak bayar" - Miss.M (bff)

FREE QUOTATION
Konsultan : Lina
Whatsapp/Telegram : 013 991 2486

#MAATakaful #TitansAgency #Takaful

Tuesday, 11 November 2014

Tabungan Kecemasan RM50

Jom bermula dengan serendah RM50!!




Bermula dengan RM50 anda mampu menjana tabung kecemasan anda dan harta pusaka bernilai
RM50,000!!

Apa yang bernilainya RM50,000?

Ia membantu bermula apabila berlakunya kematian/cacat kekal/penyakit kritikal (mohon dijauhkan Ya Allah).
    -Cukup bagi menampung perbelanjaan isteri/suami bagi membesarkan anak-anak dan menguruskan  
      hutang yang kita tinggalkan
    -Membantu ibu bapa kita menyambung menanggung anda andai kita ditimpa musibah. Cukuplah mereka
     menanggung kita sehingga kita berjaya mencari pendapatan sendiri. Bila lagi nak balas jasa mereka.
    -Urusan liabiliti yang anda tinggalkan (rumah/kereta). Bayaran peguam mungkin tujuan lelongan/urusan
     jual semula liabiliti berikut.
    -Anda banyak aset dan tak perlukan takaful. Fikir semula. Andai penyakit anda memerlukan
    RM100,000 segera sebagai rawatan. Adakah anda mampu mencairkan aset tersebut ke wang tunai serta
    merta?

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Andai berminat, hubungi saya
  
Lina : 013 991 2486


#‎MAATakaful‬ ‪#‎AgensiTitans‬ ‪#‎Takaful‬

Thursday, 9 October 2014

Denggi dan Medical Card

Penting ke ada Medical Card? Well, masing-masing ada pandangan sendiri, kepentingan sendiri, kehendak sendiri. Lina sebenarnya mula sedar kepentingan takaful ni sejak terjun ke dalam industri insurans dan takaful.

Selepas dua bulan join MAA Takaful, dapat komisyen pertama terus beli Medical Card (MC). Dengan bajet RM80 sebulan, dapatlah Medical Card yang bagi coverage:

  • RM50,000 setahun
  • Bilik RM150 di 106 buah hospital swasta
  • Paling best kad ni auto renew sampai umur 80 tahun
  • Limit RM 2.9 juta untuk tanggung kos rawatan dan pembedahan.


Pengalaman pertama buat claim di MAA Takaful ni adalah claim diri sendiri. Tak sangka! Dua minggu lepas dapat Medical Card terus kena denggi.

Tapi part yang tak bestnya still tak dapat guna Medical Card tu sebab cooling period dia sebulan. So bila tak boleh guna tu terpaksalah minta refer kat Hospital Kerajaan (sebab saya kekurangan bajet).

Mula-mula checkup di Klinik Kesihatan Sungai Besi, cek darah and positif denggi. Platlet rendah dan dehydrated. Badan memang tak boleh terima makanan and minuman langsung. Doktor cepat-cepat keluarkan surat refer kt HUKM dan terus direct ke kecemasan.

"Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari."

Sampai je di HUKM, terus ke kecemasan ingatkan dapatlah terus masuk wad. Rupa-rupanya .... Setelah memeriksa suhu dan menanyakan simptom simptom, doktor dengan senang hati cakap "Ini bukan denggi dik". Alahai doktor, janganlah buat lawak.

Oleh kerana tidak puas hatinya doktor tu, kenalah amek darah lagi sekali. Cucuk punya cucuk, kali yang ketiga barulah berjaya amek darah aku ni. Lepas amek darah lagi sekali, baru dapat sahkan yang memang kononnya denggi dan kena tahan wad.

Masuk wad? Tak semudah tu sayang ... Nah mendapat! Dari pukul 10 pagi dapat treatment, pukul 8 malam baru dapat masuk wad dan ia adalah Wad Kardiologi (wad pesakit jantung). Sebab wad tu je yang ada katil kosong.

Tapi tak dinafikan, pengalaman yang cukup bermakna bila duduk kat hospital. Barulah terasa menghargai sangat jasa jasa jururawat yang bersengkang mata menjaga pesakit-pesakit tak kira bangsa dan agama. Terima kasih dan tahniah kepada jururawat jururawat wad kardiologi HUKM!

Alhamdulillah, genap 7 hari di hospital akhirnya dapat la balik sebab platlet da naik ke 51. Paling best pulak, senior konsultan suruh buat claim Elaun Hospital. Bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal! (tunggu entry untuk claim Elaun Hospital)

So korang, memang penting sebenarnya ade Medical Card ni. Tu baru denggi, macam mana pulak kalau ditakdirkan tetibe kita ni kena buat pembedahan lepas terkena minor heart attack. Tak kelam kabut nak cari duit?

Kat Malaysia ni,
1%  - yang mampu keluarkan duit untuk tanggung rawatan pembedahan.
14 %  - yang mampu keluarkan duit segera tapi bermasalah nak bayar balik (hutang kawan-kawan, family, bank)
80% -  yang meninggal sebelum mendapatkan rawatan.


Anda rasa bagaimana?

Lina - MAA Takaful

Monday, 24 February 2014

Pengenalan kepada MAA Takaful



MAA Takaful is a result of a strategic joint venture between MAA Group Berhad (“MAAG”) – [Formerly known as MAA Holdings Berhad] and Solidarity Company BSC (C) of Bahrain, one of the leading companies in the Arab world.
On 21 February 2006, a Joint Venture (JV) Agreement was signed with Solidarity, to form a JV company called MAA Takaful to carry on the Takaful business.
On 3 March 2006, Bank Negara Malaysia granted approval for a new Takaful licence for the joint venture of MAAG and Solidarity. On 2 May 2006, MAA Takaful was incorporated with a paid up capital of RM100 million and licensed on 1 July 2007 as a composite Takaful Operator. Today, MAA Takaful has an agency force of over 10,000.
MAAG holds 75% equity interest in MAA Takaful while Solidarity holds 25%.

sumber : https://www.maatakaful.com.my/?page_id=68